Minggu, 09 Maret 2014
Anak Pemimpin Kanan Ikhwanul Muslimin Maut

KAHERAH – Ikhwanul Muslimin mengesahkan anak kepada salah seorang pemimpin kanan pergerakan itu terbunuh dalam keganasan yang terbaru.
Ammar Mohammed Badie, 38, terbunuh apabila terkena tembakan apabila para penyokong Ikhwanul Muslimin melakukan bantahan di Dataran Ramses disini pada Jumaat.
Sebelum ini penyokong Ikhwanul Muslimin berselindung di Masjid Al-Fatah yang kemudian bertukar menjadi hospital.
Angka kematian pada Jumaat dilaporkan seramai 173 orang manakala 1,330 penunjuk perasaan dilaporkan cedera.
Kementerian Dalam Negeri Mesir pula memaklumkan pihak mereka telah menahan lebih daripada 1,000 anggota Ikhwanul Muslimin telah ditahan dan antara yang dirampas termasuk peluru dan bom.
*Anak lelaki kepada Ammar Badie membacakan doa ketika majlis pengkebumian bapanya.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: BBC News
Related Posts : anak,
ikhwanul,
kanan,
maut,
muslimin,
pemimpin
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar