Selasa, 31 Desember 2013

Cara Beli Nombor Pin UPU di BSN


http://4.bp.blogspot.com/-S_Vp18Ecolk/US4WCQ13KGI/AAAAAAAAhMY/zY8zY29P4Ts/s400/no-pin-upu.JPG

Panduan Pembelian No. Unik ID/No. Pin

Ada 3 cara untuk membeli No Unik ID atau dikenali No Pin UPU :
1. Kaunter BSN  - mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional ( BSN ) .  Tak perlu ada akaun bank.  Perlu ada nombor Kad Pengenalan.
Untuk membeli  Nombor Unik ID UPU di ATM dan SMS Banking ,  perlu memiliki akaun/ kad BSN
2. ATM ( Automated Teller Machine )
  • Masukkan Kad  dan No Pin
  • Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
  • Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
  • Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ atau “STPM”
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
  • ‘YA’untuk meneruskan urusan
  • Semak Maklumat
  • Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
  • Resit Dicetak
NO Unik ID dicetak di dalam resit tersebut.
3. SMS Banking.
Perlu mendaftar dulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking . Boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.
Untuk mendaftar di ATM atau CDM
  • Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
  • Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
  • Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  • Masukkan No. Telefon Bimbit
  • Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  • SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli No Unik UPU melalui sms.
SMS ke 36898  dengan menaip  PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP
contoh : PIN 012345 SPM 950101010101
*M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN
Sila rujuk Panduan Membeli Nombor Unik ID di BSN  di  [ sini ]
SUMBER

Tidak ada komentar:

Posting Komentar